Jumaat, 8 November 2013

7 SUNNAH HEBAT

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas,Imaginasi kotor,percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan ALLAH S.W.T. Tetapi itulah kita manusia tak lari dari kesilapan...dan mujurlah Allah s.w.t selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga 7 Sunnah Nabi SAW setiap hari.ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah :

Pertama :
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah s.w.t.

Kedua :
Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.Paling tidak jika sesibuk manapun kita bacalah ayat 3 Qul atau ayat Qursi.

Ketiga :
Jangan tinggalkan masjid terutama diwaktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid,kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat :
Jaga solat Dhuha,kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.Yakinlah kesan solat Dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima :
Jaga sedekah setiap hari.Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.Percayalah sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam :
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu...kata khalifah Ali bin Abu Thalib. "orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan doa.

Ketujuh :
Amalkan Istighfar setiap saat,dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah, bila kita kurang bersyukur maka kita kurang berzikir,oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran islam yang lainnya.Zikir juga merupakan makanan Rohani yang paling bergizi dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat dijauhkan.

Sebarkan lah ilmu ini anda tidak rugi walau sedikit pun....

sumber dari Shaklee Group....

Marilah kita sama mengamalkan walaupun bukan semua sedikit pon memadai dari tiada langsung kita buat....maaf jika ada kekurangan dalam penulisan saya ini.....terima kasih kerana sudi singgah dan membaca....

Tiada ulasan:

All right reserved to LalaChinta | Blog Design by Cik Jari Manis